Khamis, 3 Februari 2011

seni ibarat sebahagian daripada hidup kita. saat kita dilahirkan di dunia ini, diri kita ibarat sehelai kain putih yang suci bersih. adalah tanggungjawab kita untuk mancorakkan sendiri kehidupan kita. dari situ, kita dapat mengerti betapa pentingnnya seni dalam hidup kita. tanpa seni, kita tidak akan berjaya mencorakkan perjalanan hidup kita sebagai generasi pemimpin.
        apalah ertinya seni jika kita tidak tahu menggunakan kesenian itu untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. seni terbahagi kepada beberapa aspek. terdapat seni dalam bidang lukisan, perubatan, kebudayaan, pembinaan dan seni dalam bidang lakonan dan muzik.
       sebagai anak jati negara malaysia, kita hendaklah mempunyai semangat berdaya saing dalam membantu membangunkan negara kita ini. gunakanlah sebaik-baiknya segala asas seni yang pernah kita pelajari atau warisi dari generasi turun-temurun kita. sesungguhnya telah tercatat di dalam al-quran bahawa setiap khalifah di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. setiap orang mempunyai bakat masing-masing dan bakat itulah yang dkategorikan sebagai seni.
       kita harus mengetahui bakat yang kita ada dan pergunakan bakat itu untuk membangunkan dan mangangkat nama malaysia di mata dunia. kenalpasti bakat kita dan tentukan bidang yang sesuai untuk kita perkembangkan bakat tersebut agar kehidupan kita lebih bermakna dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan